Tuesday, October 26, 2010

Teknik Belajar Sistem PQRST

Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Terdapat lima item yang menjadi tunjang sistem ini, iaitu :

1) Preview ( Mengimbas tajuk-tajuk penting )
Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.

Mengimbas tajuk-tajuk yang penting
/
/
2) Question ( Menyoal )
Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.

Bertanya apabila tidak faham.


3) Read ( Membaca )
Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik.

Membaca pelita hidup.



4) Self-Recitation ( Menyebut satu-persatu )
Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota yang telah anda catatkan.


Catat isi yang penting saja.



5) Test ( Ujian )
Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya, anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.


Hadapi peperiksaan dengan tenang.


Hope that everyone success !!!!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...